Soalan Ujian Minda Untuk Kursus dan Seminar
Sekarang tengah mendengar ceramah bertajuk "Profesionalisme" daripada Pengarah Hospital Pitas sempena Kursus Budaya Korporat. He...he...he...aku ni urus setia jak, jadi dengar gitu-gitu ja hihi.... Ohya...sebelum slot ceramah profesionalisme ni, tadi ada slot ceramah "Kerja Berpasukan" daripada Sister Jovinia...diakhir ceramah beliau, peserta diberi soalan menguji minda masing-masing. Mari kita lihat, Soalan Pertama: Anda menyertai perlumbaan. Anda mengejar dan memotong orang yang kedua. Anda tempat yang ke berapa? Soalan Kedua: Jika anda memotong tempat orang y terakhir, jadi anda di tempat...? Soalan Ketiga: Soalan kira-kira bermuslihat. Tanpa menggunakan kalkulatir,pen dan kertas. Sila kira: Ambil 1000 dan campur 40. Sekarang, Campur lagi 1000. Campur lagi 30... Campur lagi 1000. Campur 20... Campur lagi 1000. Campur lagi 10... Berapakah jumlah semua? Hohoho....nanti kalau rajin kita cerita kisah-kisah lain......